Hidup Farish Hakimi menjadi beban atas desakan Tan Sri Kamal dan Puan Sri Shakira yang memaksa dia untuk bernikah segera. Bertambah kusut lagi apabila ayahnya berkeras memberinya tempoh dua minggu sahaja untuk mencari jodoh pilihannya. Pertembungan antara dia dan Aqma secara tidak sengaja di 7- Eleven membuatkan hati Farish Hakimi berkobar- kobar. ‘Aku harus cari dia !’
Kini, setelah dia bernikah hampir dua tahun. Lain pula tekanan yang dihadapi oleh Farish Hakimi. Apabila doktor mengesahkan bahawa dia tidak mampu memberi zuriat buat isterinya, dia menjadi semakin tertekan. Keadaan bertambah rumit apabila mendapat tahu adiknya, Firash Hakim bakal menimang cahaya matanya yang kedua. Namun Aqma tidak pernah berhenti untuk memberi semangat buat suaminya.
Kehadiran Fawwaz, teman lelaki Aqma merumitkan lagi keadaan. Dia mula menagih semula cinta dari Aqma tanpa diketahui dia merupakan isteri kepada Farish Hakimi. Pelbagai cara yang digunakan untuk mendapatkan semula, buah hatinya itu. Sehingga suatu masa, dia mengetahui bahawa suaminya itu, tidak mampu memberikan zuriat buat isterinya.
Ellyana yang dahulunya tergila- gilakan Farish, kini membawa diri ke United Kingdom setelah mendapat tahu jejaka idamannya, Farish sudah dimiliki orang. Namun, dia berssumpah akan pulang ke tanahair untuk membalas dendam terhadap wanita itu kerana menghancurkan impiannya.
Ellyana yang dahulunya tergila- gilakan Farish, kini membawa diri ke United Kingdom setelah mendapat tahu jejaka idamannya, Farish sudah dimiliki orang. Namun, dia berssumpah akan pulang ke tanahair untuk membalas dendam terhadap wanita itu kerana menghancurkan impiannya.
Cadangan Asyraf kepada Farish untuk mengambil anak angkat di salah sebuah rumah anak- anak yatim diterima oleh Aqma. Mungkin melalui cara ini, Farish akan bertambah ceria dan melupakan masalah yang dihadapi. Namun, apa reaksi Tan Sri Kamal dan Puan Sri Syakira tentang cadangan itu? Apa pula tindakan Farish terhadap Fawwaz yang menganggu isterinya? apa pula strategi Ellyana bagi mendapatkan semula jejaka idamannya itu? Segalanya bakal terjawab dalam Kelopak Kasih
“Lagi sekali aku bagi amaran dekat kau, jangan dekati isteri aku atau kau akan terima balasan yang setimpal!!,”- Farish Hakimi
“Walau apa pun yang terjadi, saya akan tetap menyayangi dan mengasihi abang. Tolong jangan ungkit pasal anak lagi, saya tak nak abang terus bersedih,”-Aqma
“Kau tengoklah nanti, suatu hari nanti, Aqma akan jadi milik aku,”-Fawwaz Arryan
Prolog..
Farish mengeluh lagi. Dia mengambil kalendar yang terletak
di hujung meja pejabatnya. Hari ini sudah masuk pertengahan Oktober, bererti
dia mempunyai masa lebih kurang sebulan setengah untuk mencari calon isterinya.
Farish mengurut kepalanya yang berdenyut- denyut. Inilah dia padahnya apabila
mencampur adukkan hal pekerjaan dan hal peribadi. Migrain dibuatnya!
Dia
membuka laci mejanya lalu mengeluarkan dua biji Panadol Activfast lalu segera
menelannya. Walaupun dia tahu, ubat itu tidak mampu menyembuhkan sakitnya
dengan sepenuhnya, sekurang- kurangnya dia berasa lega kerana sakitnya
berkurangan. Farish menyambung kembali kerjanya. Dia kembali membuka fail yang
diberi oleh Zarina.
Namun, tidak sampai sepuluh
minit, dia menutup kembali fail tersebut. Matanya khusyuk memerhatikan gerak
geri Zarina A.K.A setiausahanya A.K.A. adik iparnya ! Bermacam- macam peristiwa
menjengah difikirannya. Lalu, dia termenung. Dalamannya memberontak, andai saja aku mampu memilikimu sebelum
adikku, tidaklah mama dan papa bising selalu!
“Encik Farish.. oo Encik Farish,”Zarina
mencuit bahu Farish. Farish tersentak. Dia hampir tidak sedar bahawa dia berada
di pejabat kala ini. Dia istighfar sambil meraup mukanya.
“Eh,
apesal awak tak ketuk pintu bilik saya dulu sebelum masuk? Terkejut saya dibuatnya,”marah
Farish. Namun, dia tahu bahawa dia sendiri yang salah kerana berangan di tempat
kerja.
“Dah
banyak kali saya ketuk pintu tadi, tapi Encik tak respon, jadi saya masuk lah
kat dalam. Tak tahu pula Encik tengah berangan,”jawab Zarina. Dia kemudian
memberikan beberapa fail untuk ditandatangani.
“Ni dia
Encik, ada beberapa dokumen yang perlu Encik tandatangan,”kata Zarina. Farish
meminta agar dia meletakkan kesemua fail itu di atas mejanya, sementara dia
duduk di ruang tamu pejabatnya untuk berehat. Zarina segera keluar dan menutup
kembali pintu biliknya. Kemudian dia mencebik. ‘Hisyy, apalah nasib kena kerja dengan abang ipar yang macam singa ni,’getus
hatinya.
bersambung...